Saturday, May 22, 2010

The latest books....!

1 Hukum mngkafirkan Pemerintah- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 7.90
2 Sikap ASWJ terhadap pemerintah- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 12.00
3 Manhaj Salaf Akidah Salaf- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 11.90
4 Hukum gerak jari- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
5 Doa-doa yang bermanfaat- Ibn Qayyim al-Jauziyyah- RM 7.90
6 Kenali Khawarij- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
7 Bahaya Tareqat Sufi- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 9.50
8 Demokrasi menurut sunnah- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 5.00
9 Yang Benar Mazhab Syafie, bukan Wahabi- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
10 Fatwa Imam asy-Syafie- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 7.00
11 Rahsia Sihir, dukun dan Paranormal- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
12 Puasa dan Imsak- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 10.00
13 Perika Aqidah anda- Syeikh Muhammad Jamil Zainu- RM 4.90
14 Mencontohi Mandi hadas dan tayammum- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
15 Korban- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 7.00
16 Rumah yang tidak dimasuki syaitan- Wahid Abdul Salam Baali- RM 6.00
17 Hukum Isbal- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 6.00
18 10 pembatal amal- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.00
19 Mencontohi sifat wuduk- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 7.90
20 Sifat Solat Nabi- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 8.90
21 Hakikat ajaran tasawwuf- Syeikh Soleh Bin Fauzan al-Fauzan- RM 4.90
22 Ikhwan Muslimin- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 40.00
23 Merapat, meratakan Saf- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 10.00

24 Terrorist + VCD- Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri- RM 15.00

Contact: 017-6593449

Emel: krulamali@yahoo.com

Thursday, May 13, 2010

Revolusi dalam masyarakat adalah satu keperluan

"Revolusi dalam masyarakat adalah satu keperluan" merupakan tajuk yg cantik dan perlu kite fkirkan same2...tajuk ni adalah tjuk yg dicadangkan oleh seorng pak cik yang aku kire sangat hebat pmikiran dy...dy suh ak buat sebuah buku sperti tajuk di ats...perghhh!!!!

Dye ni kalu cakap ngan orng lain,sume snyap....dy banyak idea, tpi malas menulis..last2,suh ak yg bwat tajuk ni....nie pasal lps dy taw ak blaja kat uia r...walhal taw dah ak amek jurusan bahasa arab..hmm...Apakah dy sbnarnye tajuk ni erk??

Secara ringks dan sekdar ilmu yg ak ade, aku katakan 'Revolusi' merupakan satu perkataan yang besar maknenye yang bererti suatu perubahan...Tetapi, revolusi lbih sukar dan mendalam serta lebih meluas maknenye berbanding perubahan...Ini kite bley lihat sndiri dalam sejarah2 dunia, dan jika hendak dikecilkn lagi, revolusi yang berlaku dalam negara kite sndiri...

Setiap dari kite yang belajar, pastinye mengetahui revolusi yang berlaku dalam aktiviti perindustrian secara umumnya. Aktiviti perkilangan mula diperkenalkan yang mane pada mulanye aktiviti perindustrian ini dijalankan menggunakan kaedah tenaga manusia yang terhad..Begitu juga revolusi dalm menggunakan alatan teknologi yang canggih. Contohnya, manusia pada suatu ketika dahulu, menggunakan tenaga kuda untuk menarik garabak, akan tetapi akibat daripada revolusi yang berlaku dalam bidang perindustrian ini, maka mesin berkuasa wap mula diperkenalkan untuk memacu kenderaan sama ada yang berada di daratan mahupun di perairan...Ia memudahkan gerk kerja manusia, malah merubah cara hidup manusia i2 sendiri...

Hakikatnya, revolusi ini bley berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan tidak kira dalam bidang politik, ekonomi, mahupun sosial....Dan bila mane kite menyebut revolusi dalam msyarakat tentulah ia mencakupi semua aspek kehidupan....

Tajuk yang diketengahkan ini sebenarnya berkaitan dengan sikap manusia, terutamanye masyarakat melayu yang kelihatan jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa2 lain, malah mungkin bley dikatakan masyarakat islam itu sendiri...

Baik, mari kite lihat beberapa fenomena yang berlaku dalam masyarakat melayu, sekaligus masyarakt Islam itu sendiri....

1. Selalu lepak kedai kopi...KNpa???
2. Sikap menangguh2kan serta melambat2kan kerja....adekah saje???atau bgaiman??
3. suke mecari kesalahan org lain...
4. Suke meniru gaya yng bukan dari adat kite, mahpun prinsp2 Islam..
5. dan lain2.

Bagi aku, benda ini perlu dikaji secara mendalam dengan di kaitkan dalil2 dari Al-Quran dan Hadis yg mne pasti ade diceritakan di dalamnye mengenainya..Jadi, ak katekan blum mampu bg aku ntuk mmbuat sebuah buku mengenainya kerna ak kene blajar dan bukak smua kitab2 hadis dulu....Ak x mau mnggunakan akal, pemerhatian, dan pembacaan buku2 psikologi smata2 dalam mmbicarakan tentng perkara ini...wallahu 'alam....Same2 lah kite pkirkan..

Friday, May 7, 2010

MARI MENGENAL PARA IMAM MAZHAB YG TERKENAL

1. Imam Nu'man B. Thabit (Mazhab al-Hanafi)

- Merupakan mazhab pertama dalam sejarah islam.
- Dilahirkan di Kufah pada 80 Hijrah.
- Merupakan Tabi' at-Tabi'in...Tapi,ade yang mengatakan beliau adalah Tabi'in kerana pernah berjumpa dengan salah seorang dari sahabat Nabi.
- Dilahirkan dari keluarga yang kaya.
- Pernah bekerja sebagai peniaga mewarisi bapanya yang menjual pakaian.
- Beliau pada mulanya berjinak-jinak dengan ilmu kalam.
- Kemudian meninggalkan ilmu kalam setelah mendapati tiada faedah didalamnya dan berhijrah ke ilmu feqh.
- Digelar Imam ahli ar-Ra'yi.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Qaul as-Sahabah
5. Al-Qiyas
6. Al-Istihsan
7. Al-'Uruf
- Keistimewaan mazhab: Banyak menggunaka Qiyas (pendapat) dan menerima hadis ahad dengan beberapa syarat seperti mesti masyhur, hadis ahad tersebut tidak bercanggah dengan perawi hadis tersebut dari aspek pengamalan hadis tersebut.
- Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah ketika umurnya mencecah 70 tahun akibat dipenjara dan diseksa.
- Beliau sempat hidup pada zaman Bani Umayyah selama 52 tahun, dan Bani 'Abbasiyah selama 18 tahun.

2. Imam Malik Bin Anas (Mazhab al-Maliki)

- Dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah.
- Merupakan Kibar Tabi' at-Tabi'in.
- Ayahnya merupakan seorang yang 'alim.
- Datuknya ialah Malik Bin Abi 'Amir dan merupakan Kibar at-Tabi'in.-
- Beliau dibesarkan dalam keadaan cintakan ilmu yang telah diterapkan kepadanya sejak kecil sehinggakan beliau mampu memberi fatwa ketika umurnya 17 tahun.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Amal ahli Madinah
5. Al-Qiyas
6. Qaul as-Sahabiy
7. al-Masalih al-Mursalah
8. Al-Istihsan
9. Saddu az-Zara'i'
10. Al-'Uruf
11. Al-Istishab
- Keistimewaan mazhab: Menggunakan amal ahli madinah sebagai hujjah secara berseorangan, tanpa digunakan oleh imam mazhab yang lain.
- Beliau meninggal dunia pada 179 Hijrah.

3. Imam Muhammad Bin Idris (Mazhab asy-Syafi'ie)

- Dilahirkan di Ghazzah, Palestin pada 150 Hijrah.
- Merupakan Sighar Tabi' at-Tabi'in.
- Dilahirkan dari keluarga yang miskin.
- Dibesarkan dalam keadaan yatim selepas kematian bapanya 2 tahun selepas kelahiran beliau.
- Banyak bermusafir ke negara2 Islam yang lain untuk mendapatkan ilmu seperti ke Badiyah untuk belajar bahasa arab dan sastera arab, ke madinah untuk belajar bersama Imam Malik dengan menggunakan kitab al-Muwatta, kemudian belajar mazhab hanafi dari anak murid Imam Abu Hanifah, Muhammad Bin Hasan asy-Syaibani, selain pernah juga berjumpa dengan Imam Ahmad di Baghdad dan mengambil istifadah darinya dan banyak lagi.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Al-Qiyas
5. Al-Istishab

- Keistimewaan mazhab: Menggunakan Zahir Nas-nas, khususnya dalam bab Mu'amalat
- Beliau meninggal dunia pada 204 Hijrah.

4. Imam Ahmad Bin Hanbal (Mazhab al-Hanbali)

- Dilahirkan di Baghdad pada 164 Hijrah.
- Merupakan salah seorang Tabi' at-Tabi'in.
- Belajar Ilmu Hadis sejak kecil lagi.
- Terkenal dikalangan manusia pada zamannya sebagai seorang yang bertaqwa, bersih pakaian dan peribadinya, dan baik pergaulannya.
- Sangat-sangat jarang menggunakan pendapat sendiri, bahkan beliau membenci ar-Ra'yi.
- Berhujah dan sangat berpegang kepada hadis terutama dalam memberi fatwa.
- Pernah memerangi golongan sufi pada zamannya dan juga golongan muktazilah yang mengatakan al-Quran adalah makhluq, dan bukannya kalam Allah.
- Sumber rujukan beliau:
1. Nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah
2. Ijma'
3. Fatwa sahabat
4. Al-Qiyas
5. Al-Masalih al-Mursalah
6. Saddu az-Zara'i'
7. Al-Istishab
- Keistimewaan mazhab: Sangat-sangat berpegang dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam sesuatu permasalahan, tapi dalam bab muamalat, beliau adalah orang yang sangat bertolak ansur di dalamnya.
- Beliau meninggal dunia pada 241 Hijrah.