1. Imam Nu'man B. Thabit (Mazhab al-Hanafi)
- Merupakan mazhab pertama dalam sejarah islam.
- Dilahirkan di Kufah pada 80 Hijrah.
- Merupakan Tabi' at-Tabi'in...Tapi,ade yang mengatakan beliau adalah Tabi'in kerana pernah berjumpa dengan salah seorang dari sahabat Nabi.
- Dilahirkan dari keluarga yang kaya.
- Pernah bekerja sebagai peniaga mewarisi bapanya yang menjual pakaian.
- Beliau pada mulanya berjinak-jinak dengan ilmu kalam.
- Kemudian meninggalkan ilmu kalam setelah mendapati tiada faedah didalamnya dan berhijrah ke ilmu feqh.
- Digelar Imam ahli ar-Ra'yi.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Qaul as-Sahabah
5. Al-Qiyas
6. Al-Istihsan
7. Al-'Uruf
- Keistimewaan mazhab: Banyak menggunaka Qiyas (pendapat) dan menerima hadis ahad dengan beberapa syarat seperti mesti masyhur, hadis ahad tersebut tidak bercanggah dengan perawi hadis tersebut dari aspek pengamalan hadis tersebut.
- Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah ketika umurnya mencecah 70 tahun akibat dipenjara dan diseksa.
- Beliau sempat hidup pada zaman Bani Umayyah selama 52 tahun, dan Bani 'Abbasiyah selama 18 tahun.
2. Imam Malik Bin Anas (Mazhab al-Maliki)
- Dilahirkan di Madinah pada 93 Hijrah.
- Merupakan Kibar Tabi' at-Tabi'in.
- Ayahnya merupakan seorang yang 'alim.
- Datuknya ialah Malik Bin Abi 'Amir dan merupakan Kibar at-Tabi'in.-
- Beliau dibesarkan dalam keadaan cintakan ilmu yang telah diterapkan kepadanya sejak kecil sehinggakan beliau mampu memberi fatwa ketika umurnya 17 tahun.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Amal ahli Madinah
5. Al-Qiyas
6. Qaul as-Sahabiy
7. al-Masalih al-Mursalah
8. Al-Istihsan
9. Saddu az-Zara'i'
10. Al-'Uruf
11. Al-Istishab
- Keistimewaan mazhab: Menggunakan amal ahli madinah sebagai hujjah secara berseorangan, tanpa digunakan oleh imam mazhab yang lain.
- Beliau meninggal dunia pada 179 Hijrah.
3. Imam Muhammad Bin Idris (Mazhab asy-Syafi'ie)
- Dilahirkan di Ghazzah, Palestin pada 150 Hijrah.
- Merupakan Sighar Tabi' at-Tabi'in.
- Dilahirkan dari keluarga yang miskin.
- Dibesarkan dalam keadaan yatim selepas kematian bapanya 2 tahun selepas kelahiran beliau.
- Banyak bermusafir ke negara2 Islam yang lain untuk mendapatkan ilmu seperti ke Badiyah untuk belajar bahasa arab dan sastera arab, ke madinah untuk belajar bersama Imam Malik dengan menggunakan kitab al-Muwatta, kemudian belajar mazhab hanafi dari anak murid Imam Abu Hanifah, Muhammad Bin Hasan asy-Syaibani, selain pernah juga berjumpa dengan Imam Ahmad di Baghdad dan mengambil istifadah darinya dan banyak lagi.
- Sumber rujukan beliau:
1. Al-Quran
2. As-Sunnah
3. Al-Ijma'
4. Al-Qiyas
5. Al-Istishab
- Keistimewaan mazhab: Menggunakan Zahir Nas-nas, khususnya dalam bab Mu'amalat
- Beliau meninggal dunia pada 204 Hijrah.
4. Imam Ahmad Bin Hanbal (Mazhab al-Hanbali)
- Dilahirkan di Baghdad pada 164 Hijrah.
- Merupakan salah seorang Tabi' at-Tabi'in.
- Belajar Ilmu Hadis sejak kecil lagi.
- Terkenal dikalangan manusia pada zamannya sebagai seorang yang bertaqwa, bersih pakaian dan peribadinya, dan baik pergaulannya.
- Sangat-sangat jarang menggunakan pendapat sendiri, bahkan beliau membenci ar-Ra'yi.
- Berhujah dan sangat berpegang kepada hadis terutama dalam memberi fatwa.
- Pernah memerangi golongan sufi pada zamannya dan juga golongan muktazilah yang mengatakan al-Quran adalah makhluq, dan bukannya kalam Allah.
- Sumber rujukan beliau:
1. Nas-nas Al-Quran dan as-Sunnah
2. Ijma'
3. Fatwa sahabat
4. Al-Qiyas
5. Al-Masalih al-Mursalah
6. Saddu az-Zara'i'
7. Al-Istishab
- Keistimewaan mazhab: Sangat-sangat berpegang dan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam sesuatu permasalahan, tapi dalam bab muamalat, beliau adalah orang yang sangat bertolak ansur di dalamnya.
- Beliau meninggal dunia pada 241 Hijrah.
Friday, May 7, 2010
Ahlan Wa Sahlan!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang ke blog ana, di bawah tajuk Memahami Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan fahaman manhaj Salaf as-Soleh. Kepada saudara-saudara yang dh masuk blog nie, jangan kuar dulu, tapi please bace ape2 artikel yg ade di blog nie. Harapnya ianya bermanfaat wat kalian smua..InsyaAllah
Kalendar
Waktu Sekarang
About Me
- ibn Najmuddin
- - Menetap di Bandar Kinrara, Puchong. Masih Belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab.
Hadis Ibn Mas'ud
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melukis satu garisan (yg lurus di atas pasir) lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus", kemudian baginda melukis beberapa garisan yang melencong ke kiri dan ke kanan garisan lurus tadi, kemudian bersabda: "Jalan-jalan ini, di atas setiap satu daripadanya terdapat syaitan yang mengajak kepadanya", kemudian baginda membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "dan bahawa sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan berpecah belah daripada jalanKu". -Riwayat al-Hakim dan ad-Darimi dalam sunannya dan juga Ahmad-
Tahukah Anda?
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu dalam syurga dan tujuh puluh dalam neraka, dan golongan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu dalam neraka, dan satu dalam syurga, dan demi (Allah) Yang jiwa Muhammad ditanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu dalam syurga, dan tujuh puluh dua dalm neraka". Telah ditanykan: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda menjawab: "Al-Jama'ah". -Hadis Riwayat Ibn Majah dalam sunannya-