Saturday, June 20, 2009

Arasy' Singgahsana Allah

Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mengatakan bahawa Allah berada diatas 'arasyNya, tetapi banyak pula mereka-mereka yang menggunakan aqal fikiran mereka untuk menafikan apa yang telah dinaqalkan didalam dua kitab utama kitab sebagai sumber rujukan utama.

  • "(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy". (Surah Taha, 20;5)
  • "Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang Agung". (Surah at-Taubah, 9;129)
  • "Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arasy daripada apa yang mereka sifatkan". (Surah Al-Anbiya', 21;22)
  • "Katakanlah! Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arasy yang besar". (Surah al-Mukminun, 23;86)


Thursday, May 28, 2009

Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

Oleh: Ustaz Ismail Omar

Prinsip Pertama: Berpegang kepada Manhaj Ar-Rasul sallallahu 'alaihi wasallam sewaktu hidupnya dan manhaj para sahabat selepas darinya. Manhaj itu adalah Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Seterusnya RasulNya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat2nya dalam hadis2 sohih. Sekelian muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Firman Allah Ta'ala: "Hai orang2 yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul, dan janganlah kamu sekalian mambatalkan amal2 kebaikanmu." (Surah Muhammad, ayat 33)

Prinsip Kedua: Tidak mendahulukan perintah/perkataan sesiapapun daripada perintah/perkataan Allah dan RasulNya kerana mereka beramal dengan firman Allah Ta'ala: "Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu melakukan sesuatu perkara sebelum (kamu mendapat hukum atau kebenaran) daripada Allah dan RasulNya." (Surah Al-Hujurat, ayat 1)

Prinsip Ketiga: Kembali kepada kalam/perkataan Allah dan RasulNya dalam sebarang perselisihan atau pertikaian sesuai dengan firman Allah Ta'ala: "Maka jika kamu selisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan arRasul (AsSunnah)." (Surah An-Nisa', ayat 59)

Prinsip Keempat: Tidak fanatik kecuali kepada Allah dan ar-RasulNya yang maksum yang tidak berkata2 menurut hawa nafsunya. Mereka menghormati para imam mujtahid dan mengambil hukum feqh daripada Al-Quran, hadis2 sohih dan daripada pendapat kesemua imam2 mujtahid itu sendiri yang menyuruh meninggalkan mana2 pendapat yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis sohih. Setiap manusia selain daripada Rasul walau betapa tinggi sekalipun martabatnya akan tetap membuat kesilapan seperti dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik2 kesilapan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan diriwayatkan Imam Ahmad)

Prinsip Kelima: Menghidupkan Sunnah arRasul sallallahu 'alaihi wasallam dalam ibadat, kelakuan dan perjalanan hidup mereka (termasuk para sahabat radiallahu 'anhum ajmai'in). Oleh kerana itu, mereka seolah2 dianggap menjadi orang dagang/asing yang janggal diantara kaum mereka sepertimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Islam itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang sepertimana permulaannya. Maka bergembiralah bagi orang2 yang dagang itu." (Hadis Riwayat Imam Muslim dan lain2)

Prinsip Keenam: Menganggap tauhid sebagai pengesaan Allah dalam segala jenis ibadat sebagai asas wajib didirikan diatasnya pemerintah/pemimpin/negara/jemaah Islam yang sahih. Wajib dijauhi segala bentuk amalan kufur dan syirik yang terdapat dalam kebanyakan negara2 Islam. Adalah tidak mungkin sama sekali bagi jemaah yang mengabaikan tauhid serta tidak memerangi kufur dan syirik dalam setiap rupa bentuknya untuk mencapai kejayaan kerana ini adalah tugas utama semua para rasul. Mereka juga menolak setiap sistem perundangan pemerintahan ciptaan manusia yang bertentangan dengan hukum syarak (melainkan hukum2 keduniaan seperti pentadbiran, keselamatan, lalu lintas dan lain2). Mereka mengajak berhukum dengan kitab Allah yang telah diturunkannya demi untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Hukum2 Allah ini adalah tetap tidak berubah dan sesuai pada setiap zaman. Firman Allah Ta'ala: "Maka sesiapa yang telah tiada berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang2 yang kafir." (Surah Al-Maidah, ayat 44)

Prinsip Ketujuh: Mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan). Ini kerana Allah Ta'ala berfirman: "Kamu adalah sebaik2 umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran." (Surah Al-Imran, ayat 110)

Prinsip Kelapan: Mengajak seluruh kaum muslimin berjihad ke jalan Allah. Ia adalah merupakan perkara wajib ke atas setiap orang Islam menurut keupayaan masing2. Berjihad pada jalan Allah itu adalah salah satu daripada 3 cara iaitu: Berjihad dengan lidah dan penulisan, berjihad dengan harta dan yang tertinggi sekali ialah berjihad dengan nyawa/jiwa raga. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Berjihadlah kamu terhadap orang2 musyrikin dengan harta benda kamu, jiwa raga kamu dan lidah kamu." (Hadis Sahih riwayat Abu Daud)

Prinsip Kesembilan: Menolak segala jalan2 yang berunsur bid'ah yang melahirkan puak2 panghancur yang memecahbelahkan ummah dengan mengada2kan perkara baru atau bid'ah dalam agama terutama dalam masalah aqidah serta mengajak menjauhi sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Aku mewasiatkan kepada kamu sekalian agar bertaqwa kepada Allah Ta'ala dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba habsyi. Kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk dan hidayah). Cengkamlah (gigitlah) ia sekuat2 dengan taringmu. Berwaspadalah kamu sekalian terhadap perkara2 baru (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka." (Hadis Sahih riwayat Tirmizi, Nasaie dan Baihaqi)

Prinsip Kesepuluh: Mewajibkan berjemaah sebagai asas kejayaan di dunia dan di akhirat. Mereka menyatukan barisan umat Islam atas dasar aqidah yang betul. Mereka meninggalkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa perpecahan terutama dalam masalah furu' atau ranting yang remeh. Mereka mengutamakan segala usaha berkerjasama menegakkan manhaj aqidah para Salaf as-Soleh (para ulama' terawal) di muka bumi. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Biarkan aku (bertanggungjawab) diatas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan2 sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas nabi2 mereka. Oleh itu, apa yang telah aku larangi kamu sekalian, maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan, maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Prinsip Kesebelas: Mempraktikkan agama Islam dengan menyatukan ilmu dan amalan zahir dan batin tanpa memisah antara keduanya sebagaimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya. Firman Allah Ta'ala: "Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam sepenuhnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Prinsip Kedua Belas: Mereka adalah golongan pertengahan dan kesederhanaan. Mereka bukanlah dari puak pelampau atau ekstremis yang meninggi2kan (memuliakan) ataupun merendah2kan seseorang individu, golongan atau pendapat dengan sebarangan tanpa asas agama. Inilah yang dimaksudkan dengan Sirat al-Mustaqim atau Jalan Yang Lurus. Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia. Dan janganlah sekali2 kamu ikuti jalan2 (yang lain) yang akan memecah belahkan kamu dari jalanNya." (Surah Al-An'am, ayat 153)

Prinsip Ketiga Belas: Beramal dengan syariat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Tiada sesiapa yang boleh terkeluar darinya. Syariat ini adalah mencakupi segenap sudut agama termasuk bidang aqidah, feqah, perancangan, ibadat, akhlaq, politik, kemasyarakatan dan lain2.Firman Allah Ta'ala: "Pada setiap (perkara atau urusan) telah Kami jadikan antara kamu suatu syariat dan manhaj." (Surah Al-Maidah, ayat 48)

Prinsip Keempat Belas: Menyedari penuh akan hakikat perbezaan darjat antara mereka dari segi ilmu, kefahaman dan kesabaran dalam proses pelaksanaannya. Oleh itu terdapat perbezaan pendapat dalam ijtihad2 mereka disebabkan perbezaan tingkatan ilmu mereka berkenaan pemahaman sunnah. Walau apapun, mereka tetap meraikan perbezaan pendapat dalam ijtihad ini dengan menekankan supaya memelihara penyatuan ummat dan menjauhi unsur2 perpecahan. Firman Allah Ta'ala: "Allah meninggikan mereka yang beriman antara kamu dan mereka yang mencari ilmu (para ulama') berlainan darjat." (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Prinsip Kelima Belas: Mereka adalah campuran manusia biasa. Ada diantara mereka yang benar dan soleh. Ada yang mebuat maksiat disebabkan kelemahan masing2 sama ada disedari atau tidak disedari. Walau apapun, pada keseluruhannya mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lain. Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa sesiapa pun yang mensyirikkanNya, tetapi mengampunkan (segala dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendakiNya." (Surah An-Nisa', ayat 47)

Perbandingan antara ilmu dan harta

Oleh: Ibn Qaiyim al-Jauziyyah rahimahullah, dari kitab 'Miftah dar as-Sa'adah'

  • Ilmu adalah warisan para nabi radiallahu 'anhum, sedangkan harta adalah warisan para raja atau hartawan.
  • Ilmu dapat menjaga pemiliknya, sedangkan pemilik harta bersusah payah menjaga hartanya.
  • Harta sentiasa berkurangan kerana dibelanjakan, namun ilmu semakin bertambah apabila dibahagikan (disampaikan kepada orang lain).
  • Hartawan akan meninggalkan hartanya apabila meninggal dunia, sementara ilmu masuk ke kubur bersama pemiliknya.
  • Harta boleh diperolehi oleh mukmin, kafir, orang baik mahupun orang jahat, sementara ilmu yang bermanfaat tidak didapati melainkan oleh orang2 yang beriman.
  • Orang yang berilmu diperlukan oleh para penguasa dan rakyatnya, sedangkan pemilik harta hanya diperlukan oleh orang2 miskin dan papa (dan menjadi buruan pencuri).
  • Jiwa menjadi hidup dan mulia dengan mengumpulkan ilmu, dan mencarinya akan memperolehi barakah, bahkan itulah kemuliaan jiwa dan kesempurnaannya. Sementara harta tidak dapat membersihkan jiwa dan tidak menyempurnakannya serta tidak menambahkan sifat2 kesempurnaan. Sebaliknya jiwa boleh berkurangan (lemah), kikir, dan bakhil kerana mengumpulkan harta dan tamak haloba terhadapnya. Tamak terhadap ilmu adalah kesempurnaan jiwa, sedangkan tamak terhadap harta adalah kelemahan jiwa.
  • Harta mengajak jiwa kepada kelalaian, kesesatan (maksiat) dan kesombonga, sementara ilmu mengajak jiwa kepada tawaddu' dan beribadah.
  • Ilmu mengajak kepada kebahagiaan jiwa, sedangkan harta mengajak menjadi penghalang antara jiwa dan kebahagiaannya.
  • Kaya ilmu lebih mulia dari kaya harta, jiwa boleh lebih kaya dari seluruh manuisa tanpa harta, kerana kekayaan tertinggi adalah dengan tidak memerlukan sesuatu bukan dengan harta.
  • Harta memperhamba kekasih dan pemiliknya hingga menjadikan mereka sebagai hamba abdinya sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "celakalah hamba dinar dan dirham (hamba kepada hartanya)." Sedangkan ilmu menjadikan pemiliknya sebagai hamba Rabbnya dan penciptanya kerana ilmu tidak mengajak selain kepada perhambaan (pengibadatan) kepada Allah semata2.
  • Nilai orang kaya bergantung kepada kekayaannya, sementara nilai orang berilmu dari ilmunya. Orang yang berilmu tidak akan kehilangan nilainya, bahkan akan semakin bertambah kemuliaannya.
  • Mencintai ilmu dan sentiasa mencarinya adalah landasan setiap ketaatan, sementara menumpukan dunia semata dan sentiasa memburunya adalah pangkal segala keburukan (kerosakan).
  • Bila seseorang berilmu ditawarkan kepadanya kekayaan dunia, nescaya ia tidak mahu menjadikannya sebagai penebus ilmunya, sementara orang kaya dan berakal, bila mendapati kemuliaan ilmu, nescaya ia ingin mendapatkan ilmu sebagai pengganti seluruh hartanya.
  • Tidak seorangpun dikatakan taat kepada Allah kecuali dengan ilmu, sementara kebanyakan orang yang berbuat maksiat kepada Allah, dia melakukan maksiat dengan sarana hartanya.
  • Orang yang berilmu menyeru manusia kepada Allah dengan ilmu dan perangainya, sedangkan orang yang mengumpulkan harta menggoda manusia kepada urusan dunia dengan perangai dan hartanya.
  • Kebanyakan harta, kadangkala boleh menjadi penyebab kehancuran pemiliknya seperti yang umum terjadi, sementara kekayaan ilmu merupakan sebab kehidupan pemiliknya dan orang lain. Apabila manusia melihat orang yang mengalah dan mendahulukan orang lain, nescaya mereka akan mencintai, membantu dan memuliakannya.
  • Kenikmatan yang berasal dari kekayaan harta adalah kenikmatan semua (tipu daya/bukan sebenarnya) atau kenikmatan hawani (hawa nafsu) kerana pemiliknya hanya mendapatkan kenikmatan dengan mengumpulkan dan mendapatkannya, inilah kenikmatan yang tidak sempurna dan sementara. Manakala kenikmatan ilmu adalah kenikmatan akal dan rohani. Hal ini menyerupai kenikmatan dan kegembiraan yang dirasakan malaikat.