Mazhab ialah tempat mengembalikan pendapat dalam urusan agama kepada imam-imam tertentu. Kemudian mazhab telah diertikan dengan satu kumpulan ajaran fiqh islami yang diikuti dan diterima oleh satu-satu jamaah umat islam di satu-satu wilayah atau negara.
Mazhab-mazhab adalah pandangan para ahli ilmu dalam beberapa persoalan agama dan ijtihad mereka. Pandangan dan pendapat mereka itu tidak pernah diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar kita ikuti kerana pandangan mereka terkadang benar dan terkadang salah. Tidak ada yang benar yang sebenarnya melainkan segala yang datang secara sahih atau thabit daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Maka, jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (An-Nisa', 4:59)
Adapun mengikut imam tertentu dari imam-imam mazhab atau selain yang empat maka hukumnya tidak wajib, dan juga tidak sunat. Setiap muslim tidak diwajibkan mesti terikat dengan satu-satu mazhab. Bahkan siapa yang terikat dengan hanya satu mazhab dalam semua masalah boleh membawa kepada keta'asuban atau fanatik atau bertaqlid secara membuta tuli. Malah sikap ini boleh membawa kepada perpecahan ummah.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya". (HR Imam Malik dalm Muwatta')
Semua imam mazhab berpesan kepada umat islam agar sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan al-Sunnah, bukan kepada ajaran mereka. Hakikat ini kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak maksum, malahan banyak kekurangan walaupun mereka ikhlas dan memiliki ilmu yang sangat mendalam.
Semua imam mazhab berkata: "Tidak halal bagi seseorang mengeluarkan fatwa atsa nama kami selagi ia tidak mengetahui dari mana sumber hukum itu kami mengambilnya". Mereka juga berkata: "Jika suatu hadis itu sahih, itulah mazhab kami". Mereka berkata lagi: "Jika aku berpendapat dengan suatu pendapat, maka rujukkanlah pendapatku itu kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Selama pandangan kami itu sesuai dengan kehendak kedua-dua sumber tersebut, maka terimalah. Tetapi jika bercanggah, maka tolaklah dia".
Imam Abu Hanifah berkata: "Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis, maka tinggalkanlah pendapatku itu". (Eaqaaz al-Himam, m/s 50)
Imam Malik berkata: "Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukan. Beliau juga berkata: "Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi sallallahu 'alaihi wasallam kecuali perkataannya diterima atau ditolak melainkan perkataan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam". (Al-Jam'l Bayaan al-'ilm, 2/32)
Imam Syafi'ie berkata: "Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih dari Nabi sallallahu 'alahi wasallam, lalu riwayat itu bercanggah dengan ajaranku, maka aku menarik kembali ajaranku yang asal itu, sama ada ketika aku masih hidup atau ketika aku sudah meninggal dunia". (I'laam al-Muwaqqa'iin, 2/363). Beliau berkata lagi: "Apabila kamu dapati dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, maka berpeganglah dengan hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan (tulis) itu". (Al-Majmu' Syarh Muhazzab, 1/63)
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "Pendapat Awza'l, Malik dan Abu Hanifah semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku. Adapun yang mesti menjadi rujukan hanyalah Sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam". (Al-Jami' Bayaan al-'ilm, 2/149)
Petikan diambil dari teks yang disusun oleh Dr. Abdullah Yassin
Ahlan Wa Sahlan!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang ke blog ana, di bawah tajuk Memahami Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan fahaman manhaj Salaf as-Soleh. Kepada saudara-saudara yang dh masuk blog nie, jangan kuar dulu, tapi please bace ape2 artikel yg ade di blog nie. Harapnya ianya bermanfaat wat kalian smua..InsyaAllah
Kalendar
Waktu Sekarang
About Me
- ibn Najmuddin
- - Menetap di Bandar Kinrara, Puchong. Masih Belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab.
Hadis Ibn Mas'ud
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melukis satu garisan (yg lurus di atas pasir) lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus", kemudian baginda melukis beberapa garisan yang melencong ke kiri dan ke kanan garisan lurus tadi, kemudian bersabda: "Jalan-jalan ini, di atas setiap satu daripadanya terdapat syaitan yang mengajak kepadanya", kemudian baginda membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "dan bahawa sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan berpecah belah daripada jalanKu". -Riwayat al-Hakim dan ad-Darimi dalam sunannya dan juga Ahmad-
Tahukah Anda?
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu dalam syurga dan tujuh puluh dalam neraka, dan golongan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu dalam neraka, dan satu dalam syurga, dan demi (Allah) Yang jiwa Muhammad ditanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu dalam syurga, dan tujuh puluh dua dalm neraka". Telah ditanykan: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda menjawab: "Al-Jama'ah". -Hadis Riwayat Ibn Majah dalam sunannya-