Monday, May 18, 2009
Definisi Bid'ah
Sikit2 bid'ah! Sikit2 bid'ah! Inilah ungkapan yang sering didengari dari mulut2 orang yang tidak suke kepada penegak sunnah. Bile ditanye apekah itu bid'ah, mereka akan menjawab bid'ah itu ade dua; bid'ah hasanah and bid'ah dholalah....Tapi yang peliknya x de satu pun hadis dan atsar para sahabat serta kata2 para ulama' salaf tentang bid'ah hasanah..Yang saye taw sume bid'ah adalah sesat. Satu kemusykilan yang perlu diselesaikan.
Pada dasarnya bid'ah (dalam bahasa arab) dari segi bahasa ialah membuat/mencipta sesuatu yang baru. Ia juga seerti dengan perkataan ikhtiraa'. Itu dari segi bahasa.......Maknanye satu benda yang baru yang x de contoh dan x pernah ade orang lain yang buat sebelumnye. Dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 117 Allah berfirman yang bermaksud: "(Dialah) Pencipta segala langit dan bumi". Dalam ayat ini, digunakan kalimah badii'u yang bermaksud tiada suatu contoh pun sebelumnya tentang kewujudan dan penciptaan langit dan bumi. Secara ringkasnye, dari segi bahasa arab, bid'ah ialah segala yang berlaku yang tidak mempunyai suatu contoh yang sama dengannya sebelum darinya.
Dari segi istilah pula, Imam Syatibi dalam kitabnya al-I'tisam (gambar di atas) dalam halaman 27, jilid 1, beliau menyatakan maksud bid'ah dari segi syarak iaitu "suatu jalan dalam agama yang direka-cipta yang menyamai syari'at (seakan2 syaria't dalam agama), tujuannya adalah mengadakan suatu cara dalam agama sehingga mencapai ke tahap penyembahan terhadap Allah". Didalam kitab yang same, di halaman 37, Imam Syatibi menyatakan lagi: "Bid'ah ialah suatu jalan (cara) dalam agama yang dicipta sehingga menyerupai syari'ah dengan maksud menjadikannya tata agama sehingga mencapai jalan (cara) yang menyeruapai jalan syari'at".
Syeikh Muhammad B. Soleh Uthaimin rahimahullah berkata: "Bid'ah ialah apa yang dibuat-buat dalam urusan agama ini yang menyelisihi Nabi Muhammad sallallahu 'alahi wasallam dan sahabatnya dalam perkara aqidah ataupun amalan". [Lihat: Syarhu lum'alil I'tiqad, hlmn 23]
Satu perkara yang amat dipegang kuat oleh masyarakat Malaysia kini iaitu bid'ah hasanah. Sungguh pelik dan hairan, hampir kesemua masyarakat, terutama di Malaysia memperkatakan tentang adanye bid'ah hasanah. Apakah ade hadis tentang bid'ah hasanah ini, walaupun satu hadis?? adekah kalian mengambil kate2 manusia biasa, walaupun ianya seorang ustaz dari mengambil kate Nabi kita, Muhammad sallallahu 'alahi wasallam. Janganlah antum terlampau ta'asub dengan ustaz-ustaz kalian sehingga sanggup mengenepikan hujah-hujah secara ilmiyah dan mengutamakan aqal dan hawa nafsu kalian......Ingatlah, siapa dahulu yang mengucapkan kalimah bid'ah ini?? Ustaz kalian atau Nabi kita , Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam??
Dalam sabuah hadis yang bermaksud: "....Sesungguhnya siapa yang masih ada di antara kamu selepas peninggalanku, nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang diberi petunjuk). Gigitlah ia dengan gigi gerahammu, dan berwaspadalah berkenaan dengan perkara2 yang baru, setiap yang baru itu adalah bid'ah dan Kitab Al-I'tisom nie menghuraikan dengan panjang lebar mengenai bid'ah nie.setiap bid'ah adalah menyesatkan." H/R Tirmizi sebahagai hadis hasan sahih, Abu Daud, Ibn Majah, ad-Darimi, al-Hakim, dan Ibn Hibban.
Dari Abdullah B. Umar B. al-Khattab berkata: "Setiap bid'ah itu sesat, walaupun (semua) manusia telah berpendapat sesuatu bid'ah (yang mereka lakukan) hasanah (baik)." -H/R al-Lalika'i, no 162, Baihaqi dalam Madkhal ilas sunan, 191, dan Ibn Nasr dalam as-Sunnah, no 70 dengan sanad yang sahih.
Dari Aisyah radiallahu 'anha berkata, sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan dari amalan kami, maka ia adalah tertolak." -H/R Bukhari dan Muslim.
Berkata Imam as-San'ani: "Tidak terdapat dalam bid'ah itu apa yang terpuji tetapi semua bid'ah itu sesat." [Lihat: Subul as-Salam (2/12)]
Imam asy-Syafi'ie berkata: "Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya yang direka), bererti dia telah mebuat suatu syari'at, dan sesiapa yang membuat suatu syari'at maka ia telah kafir." [Lihat: Hasyiyah jam'u al-jawami', jilid 2, hlmn 295]
Imam Malik berkata: "Sesiapa yang melakukan bid'ah di dalam Islam kemudian disangkanya baik, maka dia telah menganggap bahwa Muhammad telah mengkhianati ar-Risalah kerana telah jelas Allah berfirman:"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmatKu keatas kamu, dan Aku hanya meredhai Islam sebagai agama kamu.", Maka ape yang tidak dianggap sebagai agama pada masa itu (masa Nabi), maka pada masa ini ia juga tidak boleh dianggap sebagai agama." [Lihat: al-I'tisom, jilid 2, hlmn 283]
Ramai yang mengatakan bahawa bid'ah itu ada dua iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah dengan berpandukan kepada ape yang dikatakan oleh Imam asy-Syafi'ie.
Imam asy-Syafi'ie mengatakan: "Suatu yang diada-adakan (dalam urusan agama) ade 2 bentuk; suatu yang diada-adakan yang menyelisihi kitab (Al-Quran) atau sunnah atau atsar atau ijma', maka ianya adalah bid'ah yang sesat, dan sesuatu yang diada-adakan dari kebaikan yang ia sedikitpun tidak menyelisihi sunnah, maka ia tidak tercela." [Lihat: al-'Amru bil-ittiba' oleh as-Suyuthi, hlmn 89]
Sedikit penjelasan tentang kate2 Imam asy-Syafi'ie bahawa ape yang dimaksudkan dengan bid'ah hasanah adalah dari segi bahasa. Seperti yang telah dinyatakan di awal penulisan ini, bid'ah dari segi bahasa ialah mencipta sesuatu yang baru. Bid'ah hasanah yang dimaksudkan oleh Imam asy-Syafi'ie ialah dari aspek muamalah. Islam menggalakan umatnya mencapai kemajuan dengan mencipta pelbagai alat2 dan bangunan2 yang canggih bagi mencapai kemajuan agama. Mencipta sesuatu alat yang baru juga disebut sebagai bid'ah dalam bahasa arab seperti contoh, mencipta kereta, meriam, bangunan bertingkat2, komputer dan sebagainya itu adalah perkara yang baru yang mane ianya tidak ade contoh sebelumnya dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Inilah yang dimaksudkan dengan bid'ah hasanah (yang baik). Dan sekiranya ia melibatkan perkara dalam beragama, makanya semuanya adalah sesat.
Ingatlah wahai saudara sekalian, agama ini telah lengkap tanpa perlu ditokok tambah yang mane kononnye ntuk mempertingkatkan ibadah kite kepada Allah, sedangkan ianya telah lengkap disampaikan oleh Nabi kita, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Adakah kalian rase tidak cukup dengan ape yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda sallallahu 'alaihi wasallam?? Beramallah dengan hujjah yang kalian ade, dan sebaiknya jangan hanye mengikut membabi buta tanpa kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah.
Inilah serba ringkas mengenai penjelasan apekah sebenarnye bid'ah ini...Dan bagi pandangan saye, mereka2 yang mampu untuk berbahasa arab akan lebih mampu ntuk memahami istilah Bid'ah ini dengan baik dan dengan mudah.
at
12:20:00 AM
Ahlan Wa Sahlan!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang ke blog ana, di bawah tajuk Memahami Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan fahaman manhaj Salaf as-Soleh. Kepada saudara-saudara yang dh masuk blog nie, jangan kuar dulu, tapi please bace ape2 artikel yg ade di blog nie. Harapnya ianya bermanfaat wat kalian smua..InsyaAllah
Kalendar
Waktu Sekarang
About Me
- ibn Najmuddin
- - Menetap di Bandar Kinrara, Puchong. Masih Belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab.
Hadis Ibn Mas'ud
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melukis satu garisan (yg lurus di atas pasir) lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus", kemudian baginda melukis beberapa garisan yang melencong ke kiri dan ke kanan garisan lurus tadi, kemudian bersabda: "Jalan-jalan ini, di atas setiap satu daripadanya terdapat syaitan yang mengajak kepadanya", kemudian baginda membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "dan bahawa sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan berpecah belah daripada jalanKu". -Riwayat al-Hakim dan ad-Darimi dalam sunannya dan juga Ahmad-
Tahukah Anda?
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu dalam syurga dan tujuh puluh dalam neraka, dan golongan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu dalam neraka, dan satu dalam syurga, dan demi (Allah) Yang jiwa Muhammad ditanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu dalam syurga, dan tujuh puluh dua dalm neraka". Telah ditanykan: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda menjawab: "Al-Jama'ah". -Hadis Riwayat Ibn Majah dalam sunannya-