Sering kita dengar bahawa kitab yang berjudul 'Al-Ibanah' dianggap adalah satu pembohongan dan ianya bukanlah dari penulisan Imam Abu Hasan Al-Asy'arie. Kata-kata seperti ini akan dapat didengar oleh mereka yang memusuhi golongan salaf atau yang mereka kenali sebagai 'wahabi'. Ini kerana kitab Al-Ibanah ini adalah antara kitab terakhir Imam Abu Hasan Al-Asy'arie yang mne beliau menyatakan aqidah beliau yang sebenar setelah bertaubat dari aqidah Muktazilah dan kembali kepada aqidah Salaf. Sebaliknya pula dengan masyarakat Malaysia, umumnya yang menyatakan mereka beraqidah Asyaerah tetapi tidak mengkaji apakah Aqidah imam ini, malah mereka menafikan kitab Al-Ibanah ini yang merupakan antara penulisan terakhir beliau. Ramai para ulama' yang mensahkan dan menisbatkan bahawa kitab ini memang adalah kitab Imam Abu Hasan Al-Asy'arie sendiri. Sebelum ditulis para imam yang mengiakan fakta tersebut, ingin saye tulis tentang siapakah Imam Abu Hasan Al-Asy'arie ini.
Nama sebenar beliau ialah Ali B. Ismail B. Ishaq B. Salim B. Ismail B. Abdullah B. Musa B. Abi Burdah B. Abu Musa Al-Asy'arie. Beliau lahir pada tahun 206H. Beliau telah datang ke Baghdad dan mengambil hadis dari Al-Hafiz Zakaria B. Yahya As-Saajy yang merupakan salah seorang imam hadis dan fiqh (murid Imam Ahmad B. Hambal), dari Abi Khalifah Al-Jumahi, Muhammad B. Ya'qub al-muqri dan Sahl B. sarh. Beliau juga mengambil ilmu kalam dari gurunya yang bernama Abi Ali Al-Jubba'i, salah seorang tokoh Muktazilah. Setelah beliau mendalami ilmu kalam dan berhasil mencapai puncaknya, beliau mengajukan beberapa pertanyaan kepada guru tersebut. Tetapi beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan sehingga beliau bingung.
Ibn al-'Imad al-Hanbali berkata: "Di antara yang membuatkan Ahli Sunnah semakin kuat dan menghina panji2 kaum Mu'tazilah dan Jahmiyah serta menjelaskan kebenaran yang sudah nyata dan membuat hati ahli iman dan ahli ma'rifah sejuk adalah perdebatan Abu Hasan Al-Asy'arie dengan gurunya, Al-jubbaa'i, yang hasilnya mematahkan kekuatan semua pelaku bid'ah dan tukang debat. Perdebatan ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Khalkan: "Abu Hasan Al-Asy'arie mengajukan tiga pertanyaan kepada gurunya, Abu Ali Al-jubbaa'i tentang tiga orang bersaudara. Yang pertama seorang mukmin, baik dan bertaqwa, yang kedua kafir, fasiq dan jahat dan yang ketiga masih kecil. Kemudian ketiga2nya mati, bagaimana keadaan mereka nanti?" Al-Jubbaa'i menjawab: "Adapun yang mukmin dia berada ditempat yang tinggi (syurga), sedang yang kedua berada di tempat yang paling rendah (neraka), dan yang masih kecil termasuk orang2 yang selamat (dari neraka)." Abu Hasan bertanya lagi: "Jika si kecil ingin ketempat saudara yang mukmin tadi, apakah ia akan diberi izin?" Al-Jubbaa'i menjawab: "Tidak boleh! kerana akan dikatakan padanya bahawa saudaramu dapat mencapai darjat ini kerana ia banyak beramal, sementara kamu tidak mempunyai amal ketaatan." Abu Hasan Al-Asy'arie berkata: "Jika si kecil menjawab: "Kesalahan ini tidak terletak padaku, kerana Allah tidak memanjangkan usiaku dan tidak mentakdirkan kepadaku untuk melaksanakan ketaatan." Al-Jubbaa'i berkata: "Allah Ta'ala akan berkata: "Aku mengetahui, jika Aku biarkan usiamu panjang, kamu akan menjadi orang yang derhaka dan bererti kamu akan mendapat azab yang pedih. Maka hal itu Aku lakukan demi kemaslahatanmu." Abu Hasan Al-Asy'arie berkata: "Jika saudaranya yang kedua berkata: "Wahai Ilaah semesta alam, sebagaimana Engkau mengetahui keadaannya tentunya Engkau juga sudah mengetahui keadaanku, lalu mengapa Engkau tidak memperhatikan kemaslahatanku?" Mendengar hal itu, Al-Jubbaa'i pun terdiam." [Lihat: Kitab Asy-Syadzaraat 2/303]
Ahli Sejarah negeri Syam Al-Hafiz Abu al-Qasim Ali B. Hasan B. Hibatillah B. Asaakir ad-Damsyiqiy (wafat tahun 571H) berkata dalam kitabnya At-Tabyiin: "Abu Bakar Ismail B. Abu Muhammad B. Ishaq al-Azdy al-Qairuwaany yang dikenali dengan sebutan Ibn 'Uzrah berkata: "Abu Hasan al-Asy'arie adalah seorang yang bermazhab Mu'tazilah dan memegang mazhab ini selama 40 tahun. Dalam pandangan mereka, beliau adalah seorang imam. Kemudian beliau menghilang selama lima belas hari dirumahnya dan tiba2 muncul di masjid Jami' di kota Basrah dan naik ke atas mimbar setelah solat Jumaat seraya berkata: "Para hadirin sekalian, aku menghilang dari kalian selama beberapa hari kerana ada dalil2 yang bertentangan dan sama kuat, namun aku tidak mampu menetapkan mana yang hak dan mana yang batil dan tidak mampu membezakan mana yang batil dan mana yang hak. Kemudian aku memohon kepada Allah Ta'ala, maka Dia memberiku petunjuk dan aku tuangkan kedalam bukuku ini. Dan aku melepaskan semua aqidah yang dahulu aku pegang sebagaimana aku membuka bajuku ini."
Tajuddin as-Subki berkata dalam Thabaqat Asy-Syafi'iyyah Al-Kubra berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie seorang ulama besar Ahli Sunnah setelah Imam Ahmad B. Hambal dan tidak diragukan lagi bahawa aqidah beliau sama seperti aqidah Ahmad B. hambal rahimahullah. Hal ini dengan jelas beliau sebutkan berkali2 dalam buku2 beliau: "Aqidahku adalah seperti aqidah al-Imam Ahmad B. Hambal."
Abu Bakar Ahmad B. Ali B. Tsabit yang dikenali sebagai Al-Khatib al-Baghdadiy (wafat tahun 463H) berkata dalam tarikhnya yang terkenal, juz 11, hlmn 346 : "Abu Hasan al-Asy'arie adalah pemilik berbagai kitab yang membantah kaum mulhid dan lain2nya dari kalangan Mu'tazilah, Rafidhah, Jahmiyah, Khawarij, dan berbagai kelompok bid'ah lainnya."....kemudian beliau mengatakan: "Pada waktu itu kaum Mu'tazilah sedang berjaya hingga Allah memunculkan Abu Hasan Al-Asy'arie yang akhirnya menghujat mereka sehingga tak berkutik."
Abu Abbas Syamsuddin Ahmad b. Muhammad B. Abi Bakar B. Khalkan Asy-Syafi'ie (wafat tahun 681H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie dahulu adalah seorang penganut fahaman Mu'tazilah kemudian beliau bertaubat dari mazhab tersebut." [Lihat: Kitab Wafayaat al-A'yaan, juz 2, hlmn 446]
'Imaduddin Abu al-Fida' Ismail B. Umar B. katsir al-Qurasyi ad-Dimasqy as-Syafi'ie (wafat tahun 774H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie dahulu adalah pengikut fahaman Mu'tazilah kemudian beliau bertaubat dari mazhab tersebut di kita Basrah di atas mimbar, lalu beliau menyatakan kekeliruan dan kesesatan Mu'tazilah." [Lihat: Al-bidaayah wa an-Nihayah, juz 11, hlmn 187]
Tajuddin Abu Nasr Abdul Wahhab B. Taqiyuddin As-Subki Asy-Syafi'ie (wafat tahun 771H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie memegang mazhab Mu'tazilah selama 40 tahun hingga beliau menjadi seorang tokoh Mu'tazilah. Tatkala Allah ingin menolong agamaNya, Dia membuka hati beliau untuk menerima kebenaran dan berdiam di rumahnya, menghilang dari keramaian masyarakat." [Lihat: Kitab Thabaqaat Asy-Syafi'iyyah al-Kubra, juz 11, hlmn 246]
Burhanuddin Ibrahim B. Ali B. Muhammad B. Farhun al-Ya'mari al-Madani al-Maliki (wafat tahun 799H) berkata: "Pada awalnya, Abu Hasan al-Asy'arie adalah seorang penganut fahaman Mu'tazilah, kemudian kembali kepada mazhab yang sebenar iaitu mazhab Ahlus Sunnah. Ramai orang merasa hairan hingga beliau ditanya tentang perkara tersebut, lalu beliau menjawab bahawa beliau pernah melihat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam (dalam mimpi) pada bulan Ramadhan yang memerintahkannya agar kembali kepada kebenaran dan membelanya." [Lihat: Kitab ad-Dibaajul Mazhab fi Ma'rifati A'yaani Ulama al-mazhab, hlmn 193]
Sayyid Muhammad B. Muhammad al-Husaini az-Zubaidi yang dikenali dengan Murtadha al-Hanafi (wafat tahun 1145H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie mengambil ilmu kalam dari gurunya, Abu Ali Al-Jubbaa'i, salah seorang pembesar dan tokoh Mu'tazilah. Kemudian beliau meninggalkan gurunya tersebut disebabkan mimpi yang beliau lihat, lalu beliau bertaubat dari fahaman Mu'tazilah dan mengumumkannya. Beliau naik ke atas mimbar di kota Basrah pada hari Jumaat dan berkata dengan lantang: "Bagi yang sudah mengenalku bererti dia telah mengetahui tentang diriku dan bagi yang belum kenal, maka aku adalah fulan bin fulan. Aku dahulu berkeyakinan bahawa Al-Quran adalah makhluq dan di akhirat kelak tidak dapat melihat Allah serta para hamba menciptakan perbuatannya sendiri, Sekarang aku bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah dan aku akan membantah keyakinan Mu'tazilah." [Lihat: Ittihaf as-Saadah al-Muttaqin Bisyar Asrar Ihya' 'Ulumuddin, juz 2, hlmn 3]
Kemudian beliau berkata lagi bahawa Ibn Katsir berkata dalam at-Thabaqaat asy-Syafi'iyyah: "Disebutkan bahawa Abu Hasan Al-Asy'arie telah melalui tiga tahap:
Tahap pertama: Mazhab Mu'tazilah yang telah beliau tinggalkan secara keseluruhan.
Tahap kedua: Penetapan sifat aqliyah yang tujuh iaitu Hayat, 'Ilmu, Qudrah, Iradah, Mendengar, Melihat, Berkata2 dan mentakwil khabar tentang wajah, dua tangan, kaki, betis dan yang semisalnya. (Ikut cara Ibn Kullab Abu Muhammad Abdullah B. Sa'id B. Muhammad B. Kullab al-Basri (wafat tahun 240H) [Lihat: kitab al-Aql wan Naql tulisan Ibn Taimiyyah 2/5 tahqiq Hamid Faqi]
Tahap ketiga: Menetapkan semua sifat2 Allah Ta'ala dengan tidak menanyakan tentang kaifiyatNya, tidak menyerupakan dengan makhluq dan membiarkannya menurut kaedah2 manhaj salaf. Demikianlah metod beliau dalam kitab Al-Ibanah yang merupakan penulisan beliau yang terakhir.
Beliau meninggal dunia pada tahun 324H.
Diantara para ulama yang menisbatkan kitab al-Ibanah ini kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'arie adalah:
Ibnu Asaakir berkata: "Tulisan2 Abu Hasan Al-Asy'arie sudah masyhur dan popular di kalangan alim ulama. Upaya dan kemampuan beliau dalam meneliti mendapat pujian dari kalangan para paneliti. Barangsiapa yang membaca kitab beliau Al-Ibanah, pasti akan mengetahui kedudukan beliau dalam bidang ilmu dan agama." [Lihat: at-Tabyin, hlmn 128]
Al-Hafiz az-Zahabi berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie berkata dalam kitabnya Al-Ibanah fi usulid Diyanah dalam bab istiwa' (bersemayam Allah di atas Arsy): "Jika seseorang berkata:"Apa pendapatmu tentang istiwa'?, maka jawabnya: "Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa' di atas Arasy sebagaimana firman Allah Ta'ala: "(iaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy." (surah Toha, ayat 5). Demikianlah hingga akhir kitab Al-Ibanah. Lalu ia berkata: "Kitab Al-Ibanah adalah kitab karya Abu Hasan Al-Asy'arie yang paling popular. Kitab ini diperkenalkan oleh Al-hafiz Ibnu 'Asaakir. Kitab ini disalin dan dipegang oleh al-Imam Muhyiddin an-Nawawi." [Lihat: Al-'Uluw lil 'Aliyil Ghaffar, hlmn 278]
Ibnu Farhuun al-Maliki berkata: "Di antara kitab yang ditulis Abu Hasan Al-Asy'arie adalah Al-Luma' al-Kabir, Al-Luma' as-Saghir, dan kitab Al-Ibanah fi Usulid Diyanah." [Lihat: Kitab Ad-Dibaaj, hlmn 193-194]
As-Sayyid Murtadha az-Zubaidi berkata: "Setelah Abu Hasan Al-Asy'arie meninggalkan mazhab Mu'tazilah, beliau menulis kitab al-Mujiz sebanyak 3 jilid, kitab Mufiid fi ar-Radd 'alal Jahmiyah wa al-Mu'tazilah, Maqaalat al-Islamiyyin dan kitab Al-Ibanah." [Lihat: Ithaafus Saadah al-muttaqiin bi Syarhi Asraari Ihya' 'Ulumuddin, juz 2, hlmn 2]
Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah al-Hambali (wafat tahun 751H) berkata: "Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie telah bertaubat dari mazhab Mu'tazilah, lalu beliau meniti jalan Ahlus Sunnah dan Ahlul Hadis dan menisbatkan diri kepada Imam Ahmad b. Hambal sebagaimana yang beliau sebutkan dalam seluruh kitab2nya seperti Al-Ibanah, Al-mujiz, Al-Maqaalat dan lain2." [Lihat: Kitab Ijtimaa' al-Juyusy al-Islamiyah ala Ghazwy al-Mu'aththilah wa al-Jahmiyah, cetakan India, hlmn 111]
Abu Fallah Abdul Hayyi B. al-'Imaad al-Hambali (wafat tahun 1098H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie telah berkata dalam kitabnya Al-Ibanah fi Usulid Diyanah dan ini adalah kitab beliau yang terakhir. Dan kitab ini merupakan pegangan bagi para pembela beliau terhadap orang2 yang mencela beliau." [Lihat: Syazaraat adz-Dzahab fi A'yaanil min Dzahab, juz 2, hlmn 303]
Abul Qaasim Abdul Malik. B. Isa B. darbas Asy-Syafi'ie Ibnu Darbas berkata dalam kitab Adz-Dzabb 'An Abil Hasan Al-Asy'arie: "Wahai saudar2 sekalian! Ketahuilah bahawa Al-Ibanah adalah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Hasan 'Ali B. Ismail Al-Asy'arie yang merupakan keyakinan beliau yang terakhir berkat kurnia dan rahmat Allah Ta'ala, buku ini berisikan kepercayaan beliau dalam agama Allah setelah bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah. Semua buku yang dinisbatkan kepada beliau yang bertentangan dengan yang beliau tulis setelah beliau bertaubat, maka beliau tidak bertanggungjawab di hadapan Allah Ta'ala. Sebab dengan tegas beliau menyatakan bahawa (buku) ini (Al-Ibanah) mengungkapkan kepercayaan beliau dalam agama Allah Ta'ala. Beliau meriwayatkan dan menetapkan bahawa buku tersebut berisi keyakinan para sahabat, tabi'in, imam2 hadis yang terdahulu dan perkataan Imam Ahmad B. Hambal radiallahu 'anhum ajma'in."
Wallahu a'lam.....
Ahlan Wa Sahlan!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang ke blog ana, di bawah tajuk Memahami Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan fahaman manhaj Salaf as-Soleh. Kepada saudara-saudara yang dh masuk blog nie, jangan kuar dulu, tapi please bace ape2 artikel yg ade di blog nie. Harapnya ianya bermanfaat wat kalian smua..InsyaAllah
Kalendar
Waktu Sekarang
About Me
- ibn Najmuddin
- - Menetap di Bandar Kinrara, Puchong. Masih Belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab.
Hadis Ibn Mas'ud
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melukis satu garisan (yg lurus di atas pasir) lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus", kemudian baginda melukis beberapa garisan yang melencong ke kiri dan ke kanan garisan lurus tadi, kemudian bersabda: "Jalan-jalan ini, di atas setiap satu daripadanya terdapat syaitan yang mengajak kepadanya", kemudian baginda membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "dan bahawa sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan berpecah belah daripada jalanKu". -Riwayat al-Hakim dan ad-Darimi dalam sunannya dan juga Ahmad-
Tahukah Anda?
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu dalam syurga dan tujuh puluh dalam neraka, dan golongan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu dalam neraka, dan satu dalam syurga, dan demi (Allah) Yang jiwa Muhammad ditanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu dalam syurga, dan tujuh puluh dua dalm neraka". Telah ditanykan: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda menjawab: "Al-Jama'ah". -Hadis Riwayat Ibn Majah dalam sunannya-