Islam itu adalah agama yang sempurna yang mane ia tidak memerlukan sebarang ibadah dan syariat yang baru yang sudah/akan direka-reka oleh manusia. Islam itu adalah agama Allah dan Allah telah menyampaikan ajaran Islam ini melalui utusanNya. Allah berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam menjadi agamamu." (surah Al-Maidah, 5;3)
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan segala perkara dalam agama ini tanpa ade tertinggal sedikitpun yang diperlukan oleh umatnya dan telah menjelaskan berbagai-bagai aspek agama untuk mengatur kehidupan di dunia. Pernah seorang musyrik datang bertanya kepada Salman al-farisi radiallahu 'anhu: "Apakah Nabi kamu mengajarkan sampai tatacara buang air (berak atau kencing)?", Salman menjawab: "Ya! Baginda telah melarang kami menghadap kiblat ketika buang air (berak atau kencing), melarang membersihkan hajat dengan kurang dari tiga batu, melarang mencibuk dengan tangan kanan atau dengan kotoran kering atau dengan tulang."
Agama Islam tidak perlu kepada syariat2 baru (bid'ah) yang terlalu banyak berlaku pada umat Islam hari ini, malah inilah yang dikatakan Rasululluh sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya, diantara tanda2 kiamat ialah dipelajari ilmu disisi orang2 al-asaghir." [Lihat: Fath al-Bari, 1/143]. Ibn Mubarak menyatakan: "Al-asaghir ialah orang2 ahli bid'ah". [Lihat: Az-Zuhud, hlmn 281].
Iman Malik berkata: "Sesiapa yang membuat bid'ah dalam urusan agama Islam, dia menganggap bid'ah yang dilakukannya itu adalah hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menyangka bahawa Muhammad telah mengkhianati ar-Risalah kerana sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam menjadi agamamu. Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu, ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." [Lihat: al-I'tisom, jilid 2, hlmn 283]
Percayalah!!! Islam itu telah sempurna tanpa perlu kepada perkara2 baru dalam agama. Same2lah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alahi wasallam dan menjauhi perkara2 yang baru dalam agama (bid'ah) kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan ape yang kami perintahkan, maka ianya tertolak." Wallahu 'alam.
Monday, May 25, 2009
Ahlan Wa Sahlan!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Selamat Datang ke blog ana, di bawah tajuk Memahami Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan fahaman manhaj Salaf as-Soleh. Kepada saudara-saudara yang dh masuk blog nie, jangan kuar dulu, tapi please bace ape2 artikel yg ade di blog nie. Harapnya ianya bermanfaat wat kalian smua..InsyaAllah
Kalendar
Waktu Sekarang
About Me
- ibn Najmuddin
- - Menetap di Bandar Kinrara, Puchong. Masih Belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Arab.
Hadis Ibn Mas'ud
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah melukis satu garisan (yg lurus di atas pasir) lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah yang lurus", kemudian baginda melukis beberapa garisan yang melencong ke kiri dan ke kanan garisan lurus tadi, kemudian bersabda: "Jalan-jalan ini, di atas setiap satu daripadanya terdapat syaitan yang mengajak kepadanya", kemudian baginda membaca ayat al-Quran yang bermaksud: "dan bahawa sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, nescaya kamu akan berpecah belah daripada jalanKu". -Riwayat al-Hakim dan ad-Darimi dalam sunannya dan juga Ahmad-
Tahukah Anda?
"Golongan Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan, satu dalam syurga dan tujuh puluh dalam neraka, dan golongan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu dalam neraka, dan satu dalam syurga, dan demi (Allah) Yang jiwa Muhammad ditanganNya, sesungguhnya umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu dalam syurga, dan tujuh puluh dua dalm neraka". Telah ditanykan: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Baginda menjawab: "Al-Jama'ah". -Hadis Riwayat Ibn Majah dalam sunannya-