Tuesday, May 26, 2009

Kitab Al-Ibanah satu pembohongan?

Sering kita dengar bahawa kitab yang berjudul 'Al-Ibanah' dianggap adalah satu pembohongan dan ianya bukanlah dari penulisan Imam Abu Hasan Al-Asy'arie. Kata-kata seperti ini akan dapat didengar oleh mereka yang memusuhi golongan salaf atau yang mereka kenali sebagai 'wahabi'. Ini kerana kitab Al-Ibanah ini adalah antara kitab terakhir Imam Abu Hasan Al-Asy'arie yang mne beliau menyatakan aqidah beliau yang sebenar setelah bertaubat dari aqidah Muktazilah dan kembali kepada aqidah Salaf. Sebaliknya pula dengan masyarakat Malaysia, umumnya yang menyatakan mereka beraqidah Asyaerah tetapi tidak mengkaji apakah Aqidah imam ini, malah mereka menafikan kitab Al-Ibanah ini yang merupakan antara penulisan terakhir beliau. Ramai para ulama' yang mensahkan dan menisbatkan bahawa kitab ini memang adalah kitab Imam Abu Hasan Al-Asy'arie sendiri. Sebelum ditulis para imam yang mengiakan fakta tersebut, ingin saye tulis tentang siapakah Imam Abu Hasan Al-Asy'arie ini.

Nama sebenar beliau ialah Ali B. Ismail B. Ishaq B. Salim B. Ismail B. Abdullah B. Musa B. Abi Burdah B. Abu Musa Al-Asy'arie. Beliau lahir pada tahun 206H. Beliau telah datang ke Baghdad dan mengambil hadis dari Al-Hafiz Zakaria B. Yahya As-Saajy yang merupakan salah seorang imam hadis dan fiqh (murid Imam Ahmad B. Hambal), dari Abi Khalifah Al-Jumahi, Muhammad B. Ya'qub al-muqri dan Sahl B. sarh. Beliau juga mengambil ilmu kalam dari gurunya yang bernama Abi Ali Al-Jubba'i, salah seorang tokoh Muktazilah. Setelah beliau mendalami ilmu kalam dan berhasil mencapai puncaknya, beliau mengajukan beberapa pertanyaan kepada guru tersebut. Tetapi beliau tidak mendapat jawapan yang memuaskan sehingga beliau bingung.

Ibn al-'Imad al-Hanbali berkata: "Di antara yang membuatkan Ahli Sunnah semakin kuat dan menghina panji2 kaum Mu'tazilah dan Jahmiyah serta menjelaskan kebenaran yang sudah nyata dan membuat hati ahli iman dan ahli ma'rifah sejuk adalah perdebatan Abu Hasan Al-Asy'arie dengan gurunya, Al-jubbaa'i, yang hasilnya mematahkan kekuatan semua pelaku bid'ah dan tukang debat. Perdebatan ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Khalkan: "Abu Hasan Al-Asy'arie mengajukan tiga pertanyaan kepada gurunya, Abu Ali Al-jubbaa'i tentang tiga orang bersaudara. Yang pertama seorang mukmin, baik dan bertaqwa, yang kedua kafir, fasiq dan jahat dan yang ketiga masih kecil. Kemudian ketiga2nya mati, bagaimana keadaan mereka nanti?" Al-Jubbaa'i menjawab: "Adapun yang mukmin dia berada ditempat yang tinggi (syurga), sedang yang kedua berada di tempat yang paling rendah (neraka), dan yang masih kecil termasuk orang2 yang selamat (dari neraka)." Abu Hasan bertanya lagi: "Jika si kecil ingin ketempat saudara yang mukmin tadi, apakah ia akan diberi izin?" Al-Jubbaa'i menjawab: "Tidak boleh! kerana akan dikatakan padanya bahawa saudaramu dapat mencapai darjat ini kerana ia banyak beramal, sementara kamu tidak mempunyai amal ketaatan." Abu Hasan Al-Asy'arie berkata: "Jika si kecil menjawab: "Kesalahan ini tidak terletak padaku, kerana Allah tidak memanjangkan usiaku dan tidak mentakdirkan kepadaku untuk melaksanakan ketaatan." Al-Jubbaa'i berkata: "Allah Ta'ala akan berkata: "Aku mengetahui, jika Aku biarkan usiamu panjang, kamu akan menjadi orang yang derhaka dan bererti kamu akan mendapat azab yang pedih. Maka hal itu Aku lakukan demi kemaslahatanmu." Abu Hasan Al-Asy'arie berkata: "Jika saudaranya yang kedua berkata: "Wahai Ilaah semesta alam, sebagaimana Engkau mengetahui keadaannya tentunya Engkau juga sudah mengetahui keadaanku, lalu mengapa Engkau tidak memperhatikan kemaslahatanku?" Mendengar hal itu, Al-Jubbaa'i pun terdiam." [Lihat: Kitab Asy-Syadzaraat 2/303]

Ahli Sejarah negeri Syam Al-Hafiz Abu al-Qasim Ali B. Hasan B. Hibatillah B. Asaakir ad-Damsyiqiy (wafat tahun 571H) berkata dalam kitabnya At-Tabyiin: "Abu Bakar Ismail B. Abu Muhammad B. Ishaq al-Azdy al-Qairuwaany yang dikenali dengan sebutan Ibn 'Uzrah berkata: "Abu Hasan al-Asy'arie adalah seorang yang bermazhab Mu'tazilah dan memegang mazhab ini selama 40 tahun. Dalam pandangan mereka, beliau adalah seorang imam. Kemudian beliau menghilang selama lima belas hari dirumahnya dan tiba2 muncul di masjid Jami' di kota Basrah dan naik ke atas mimbar setelah solat Jumaat seraya berkata: "Para hadirin sekalian, aku menghilang dari kalian selama beberapa hari kerana ada dalil2 yang bertentangan dan sama kuat, namun aku tidak mampu menetapkan mana yang hak dan mana yang batil dan tidak mampu membezakan mana yang batil dan mana yang hak. Kemudian aku memohon kepada Allah Ta'ala, maka Dia memberiku petunjuk dan aku tuangkan kedalam bukuku ini. Dan aku melepaskan semua aqidah yang dahulu aku pegang sebagaimana aku membuka bajuku ini."

Tajuddin as-Subki berkata dalam Thabaqat Asy-Syafi'iyyah Al-Kubra berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie seorang ulama besar Ahli Sunnah setelah Imam Ahmad B. Hambal dan tidak diragukan lagi bahawa aqidah beliau sama seperti aqidah Ahmad B. hambal rahimahullah. Hal ini dengan jelas beliau sebutkan berkali2 dalam buku2 beliau: "Aqidahku adalah seperti aqidah al-Imam Ahmad B. Hambal."

Abu Bakar Ahmad B. Ali B. Tsabit yang dikenali sebagai Al-Khatib al-Baghdadiy (wafat tahun 463H) berkata dalam tarikhnya yang terkenal, juz 11, hlmn 346 : "Abu Hasan al-Asy'arie adalah pemilik berbagai kitab yang membantah kaum mulhid dan lain2nya dari kalangan Mu'tazilah, Rafidhah, Jahmiyah, Khawarij, dan berbagai kelompok bid'ah lainnya."....kemudian beliau mengatakan: "Pada waktu itu kaum Mu'tazilah sedang berjaya hingga Allah memunculkan Abu Hasan Al-Asy'arie yang akhirnya menghujat mereka sehingga tak berkutik."

Abu Abbas Syamsuddin Ahmad b. Muhammad B. Abi Bakar B. Khalkan Asy-Syafi'ie (wafat tahun 681H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie dahulu adalah seorang penganut fahaman Mu'tazilah kemudian beliau bertaubat dari mazhab tersebut." [Lihat: Kitab Wafayaat al-A'yaan, juz 2, hlmn 446]

'Imaduddin Abu al-Fida' Ismail B. Umar B. katsir al-Qurasyi ad-Dimasqy as-Syafi'ie (wafat tahun 774H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie dahulu adalah pengikut fahaman Mu'tazilah kemudian beliau bertaubat dari mazhab tersebut di kita Basrah di atas mimbar, lalu beliau menyatakan kekeliruan dan kesesatan Mu'tazilah." [Lihat: Al-bidaayah wa an-Nihayah, juz 11, hlmn 187]

Tajuddin Abu Nasr Abdul Wahhab B. Taqiyuddin As-Subki Asy-Syafi'ie (wafat tahun 771H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie memegang mazhab Mu'tazilah selama 40 tahun hingga beliau menjadi seorang tokoh Mu'tazilah. Tatkala Allah ingin menolong agamaNya, Dia membuka hati beliau untuk menerima kebenaran dan berdiam di rumahnya, menghilang dari keramaian masyarakat." [Lihat: Kitab Thabaqaat Asy-Syafi'iyyah al-Kubra, juz 11, hlmn 246]

Burhanuddin Ibrahim B. Ali B. Muhammad B. Farhun al-Ya'mari al-Madani al-Maliki (wafat tahun 799H) berkata: "Pada awalnya, Abu Hasan al-Asy'arie adalah seorang penganut fahaman Mu'tazilah, kemudian kembali kepada mazhab yang sebenar iaitu mazhab Ahlus Sunnah. Ramai orang merasa hairan hingga beliau ditanya tentang perkara tersebut, lalu beliau menjawab bahawa beliau pernah melihat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam (dalam mimpi) pada bulan Ramadhan yang memerintahkannya agar kembali kepada kebenaran dan membelanya." [Lihat: Kitab ad-Dibaajul Mazhab fi Ma'rifati A'yaani Ulama al-mazhab, hlmn 193]

Sayyid Muhammad B. Muhammad al-Husaini az-Zubaidi yang dikenali dengan Murtadha al-Hanafi (wafat tahun 1145H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie mengambil ilmu kalam dari gurunya, Abu Ali Al-Jubbaa'i, salah seorang pembesar dan tokoh Mu'tazilah. Kemudian beliau meninggalkan gurunya tersebut disebabkan mimpi yang beliau lihat, lalu beliau bertaubat dari fahaman Mu'tazilah dan mengumumkannya. Beliau naik ke atas mimbar di kota Basrah pada hari Jumaat dan berkata dengan lantang: "Bagi yang sudah mengenalku bererti dia telah mengetahui tentang diriku dan bagi yang belum kenal, maka aku adalah fulan bin fulan. Aku dahulu berkeyakinan bahawa Al-Quran adalah makhluq dan di akhirat kelak tidak dapat melihat Allah serta para hamba menciptakan perbuatannya sendiri, Sekarang aku bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah dan aku akan membantah keyakinan Mu'tazilah." [Lihat: Ittihaf as-Saadah al-Muttaqin Bisyar Asrar Ihya' 'Ulumuddin, juz 2, hlmn 3]

Kemudian beliau berkata lagi bahawa Ibn Katsir berkata dalam at-Thabaqaat asy-Syafi'iyyah: "Disebutkan bahawa Abu Hasan Al-Asy'arie telah melalui tiga tahap:
Tahap pertama: Mazhab Mu'tazilah yang telah beliau tinggalkan secara keseluruhan.
Tahap kedua: Penetapan sifat aqliyah yang tujuh iaitu Hayat, 'Ilmu, Qudrah, Iradah, Mendengar, Melihat, Berkata2 dan mentakwil khabar tentang wajah, dua tangan, kaki, betis dan yang semisalnya. (Ikut cara Ibn Kullab Abu Muhammad Abdullah B. Sa'id B. Muhammad B. Kullab al-Basri (wafat tahun 240H) [Lihat: kitab al-Aql wan Naql tulisan Ibn Taimiyyah 2/5 tahqiq Hamid Faqi]
Tahap ketiga: Menetapkan semua sifat2 Allah Ta'ala dengan tidak menanyakan tentang kaifiyatNya, tidak menyerupakan dengan makhluq dan membiarkannya menurut kaedah2 manhaj salaf. Demikianlah metod beliau dalam kitab Al-Ibanah yang merupakan penulisan beliau yang terakhir.

Beliau meninggal dunia pada tahun 324H.

Diantara para ulama yang menisbatkan kitab al-Ibanah ini kepada Imam Abu Hasan Al-Asy'arie adalah:

Ibnu Asaakir berkata: "Tulisan2 Abu Hasan Al-Asy'arie sudah masyhur dan popular di kalangan alim ulama. Upaya dan kemampuan beliau dalam meneliti mendapat pujian dari kalangan para paneliti. Barangsiapa yang membaca kitab beliau Al-Ibanah, pasti akan mengetahui kedudukan beliau dalam bidang ilmu dan agama." [Lihat: at-Tabyin, hlmn 128]

Al-Hafiz az-Zahabi berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie berkata dalam kitabnya Al-Ibanah fi usulid Diyanah dalam bab istiwa' (bersemayam Allah di atas Arsy): "Jika seseorang berkata:"Apa pendapatmu tentang istiwa'?, maka jawabnya: "Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa' di atas Arasy sebagaimana firman Allah Ta'ala: "(iaitu) Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy." (surah Toha, ayat 5). Demikianlah hingga akhir kitab Al-Ibanah. Lalu ia berkata: "Kitab Al-Ibanah adalah kitab karya Abu Hasan Al-Asy'arie yang paling popular. Kitab ini diperkenalkan oleh Al-hafiz Ibnu 'Asaakir. Kitab ini disalin dan dipegang oleh al-Imam Muhyiddin an-Nawawi." [Lihat: Al-'Uluw lil 'Aliyil Ghaffar, hlmn 278]

Ibnu Farhuun al-Maliki berkata: "Di antara kitab yang ditulis Abu Hasan Al-Asy'arie adalah Al-Luma' al-Kabir, Al-Luma' as-Saghir, dan kitab Al-Ibanah fi Usulid Diyanah." [Lihat: Kitab Ad-Dibaaj, hlmn 193-194]

As-Sayyid Murtadha az-Zubaidi berkata: "Setelah Abu Hasan Al-Asy'arie meninggalkan mazhab Mu'tazilah, beliau menulis kitab al-Mujiz sebanyak 3 jilid, kitab Mufiid fi ar-Radd 'alal Jahmiyah wa al-Mu'tazilah, Maqaalat al-Islamiyyin dan kitab Al-Ibanah." [Lihat: Ithaafus Saadah al-muttaqiin bi Syarhi Asraari Ihya' 'Ulumuddin, juz 2, hlmn 2]

Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah al-Hambali (wafat tahun 751H) berkata: "Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie telah bertaubat dari mazhab Mu'tazilah, lalu beliau meniti jalan Ahlus Sunnah dan Ahlul Hadis dan menisbatkan diri kepada Imam Ahmad b. Hambal sebagaimana yang beliau sebutkan dalam seluruh kitab2nya seperti Al-Ibanah, Al-mujiz, Al-Maqaalat dan lain2." [Lihat: Kitab Ijtimaa' al-Juyusy al-Islamiyah ala Ghazwy al-Mu'aththilah wa al-Jahmiyah, cetakan India, hlmn 111]

Abu Fallah Abdul Hayyi B. al-'Imaad al-Hambali (wafat tahun 1098H) berkata: "Abu Hasan Al-Asy'arie telah berkata dalam kitabnya Al-Ibanah fi Usulid Diyanah dan ini adalah kitab beliau yang terakhir. Dan kitab ini merupakan pegangan bagi para pembela beliau terhadap orang2 yang mencela beliau." [Lihat: Syazaraat adz-Dzahab fi A'yaanil min Dzahab, juz 2, hlmn 303]

Abul Qaasim Abdul Malik. B. Isa B. darbas Asy-Syafi'ie Ibnu Darbas berkata dalam kitab Adz-Dzabb 'An Abil Hasan Al-Asy'arie: "Wahai saudar2 sekalian! Ketahuilah bahawa Al-Ibanah adalah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Hasan 'Ali B. Ismail Al-Asy'arie yang merupakan keyakinan beliau yang terakhir berkat kurnia dan rahmat Allah Ta'ala, buku ini berisikan kepercayaan beliau dalam agama Allah setelah bertaubat dari keyakinan Mu'tazilah. Semua buku yang dinisbatkan kepada beliau yang bertentangan dengan yang beliau tulis setelah beliau bertaubat, maka beliau tidak bertanggungjawab di hadapan Allah Ta'ala. Sebab dengan tegas beliau menyatakan bahawa (buku) ini (Al-Ibanah) mengungkapkan kepercayaan beliau dalam agama Allah Ta'ala. Beliau meriwayatkan dan menetapkan bahawa buku tersebut berisi keyakinan para sahabat, tabi'in, imam2 hadis yang terdahulu dan perkataan Imam Ahmad B. Hambal radiallahu 'anhum ajma'in."

Wallahu a'lam.....

Monday, May 25, 2009

Percayalah!! Islam itu telah sempurna..

Islam itu adalah agama yang sempurna yang mane ia tidak memerlukan sebarang ibadah dan syariat yang baru yang sudah/akan direka-reka oleh manusia. Islam itu adalah agama Allah dan Allah telah menyampaikan ajaran Islam ini melalui utusanNya. Allah berfirman: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam menjadi agamamu." (surah Al-Maidah, 5;3)

Rasulullah
sallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan segala perkara dalam agama ini tanpa ade tertinggal sedikitpun yang diperlukan oleh umatnya dan telah menjelaskan berbagai-bagai aspek agama untuk mengatur kehidupan di dunia. Pernah seorang musyrik datang bertanya kepada Salman al-farisi radiallahu 'anhu: "Apakah Nabi kamu mengajarkan sampai tatacara buang air (berak atau kencing)?", Salman menjawab: "Ya! Baginda telah melarang kami menghadap kiblat ketika buang air (berak atau kencing), melarang membersihkan hajat dengan kurang dari tiga batu, melarang mencibuk dengan tangan kanan atau dengan kotoran kering atau dengan tulang."

Agama Islam tidak perlu kepada syariat2 baru (bid'ah) yang terlalu banyak berlaku pada umat Islam hari ini, malah inilah yang dikatakan Rasululluh sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya, diantara tanda2 kiamat ialah dipelajari ilmu disisi orang2 al-asaghir." [Lihat: Fath al-Bari, 1/143]. Ibn Mubarak menyatakan: "Al-asaghir ialah orang2 ahli bid'ah". [Lihat: Az-Zuhud, hlmn 281].

Iman Malik berkata: "Sesiapa yang membuat bid'ah dalam urusan agama Islam, dia menganggap bid'ah yang dilakukannya itu adalah hasanah (baik), maka sesungguhnya dia telah menyangka bahawa Muhammad telah mengkhianati ar-Risalah kerana sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: "
Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam menjadi agamamu. Maka sesuatu yang tidak menjadi agama pada hari itu, ia tidaklah pula menjadi agama pada hari ini." [Lihat: al-I'tisom, jilid 2, hlmn 283]

Percayalah!!! Islam itu telah sempurna tanpa perlu kepada perkara2 baru dalam agama. Same2lah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu 'alahi wasallam dan menjauhi perkara2 yang baru dalam agama (bid'ah) kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan ape yang kami perintahkan, maka ianya tertolak." Wallahu 'alam.

Monday, May 18, 2009

Definisi Bid'ah



Sikit2 bid'ah! Sikit2 bid'ah! Inilah ungkapan yang sering didengari dari mulut2 orang yang tidak suke kepada penegak sunnah. Bile ditanye apekah itu bid'ah, mereka akan menjawab bid'ah itu ade dua; bid'ah hasanah and bid'ah dholalah....Tapi yang peliknya x de satu pun hadis dan atsar para sahabat serta kata2 para ulama' salaf tentang bid'ah hasanah..Yang saye taw sume bid'ah adalah sesat. Satu kemusykilan yang perlu diselesaikan.

Pada dasarnya bid'ah (dalam bahasa arab) dari segi bahasa ialah membuat/mencipta sesuatu yang baru. Ia juga seerti dengan perkataan ikhtiraa'. Itu dari segi bahasa.......Maknanye satu benda yang baru yang x de contoh dan x pernah ade orang lain yang buat sebelumnye. Dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 117 Allah berfirman yang bermaksud: "(Dialah) Pencipta segala langit dan bumi". Dalam ayat ini, digunakan kalimah badii'u yang bermaksud tiada suatu contoh pun sebelumnya tentang kewujudan dan penciptaan langit dan bumi. Secara ringkasnye, dari segi bahasa arab, bid'ah ialah segala yang berlaku yang tidak mempunyai suatu contoh yang sama dengannya sebelum darinya.

Dari segi istilah pula, Imam Syatibi dalam kitabnya al-I'tisam (gambar di atas) dalam halaman 27, jilid 1, beliau menyatakan maksud bid'ah dari segi syarak iaitu "suatu jalan dalam agama yang direka-cipta yang menyamai syari'at (seakan2 syaria't dalam agama), tujuannya adalah mengadakan suatu cara dalam agama sehingga mencapai ke tahap penyembahan terhadap Allah". Didalam kitab yang same, di halaman 37, Imam Syatibi menyatakan lagi: "Bid'ah ialah suatu jalan (cara) dalam agama yang dicipta sehingga menyerupai syari'ah dengan maksud menjadikannya tata agama sehingga mencapai jalan (cara) yang menyeruapai jalan syari'at".

Syeikh Muhammad B. Soleh Uthaimin rahimahullah berkata: "Bid'ah ialah apa yang dibuat-buat dalam urusan agama ini yang menyelisihi Nabi Muhammad sallallahu 'alahi wasallam dan sahabatnya dalam perkara aqidah ataupun amalan". [Lihat: Syarhu lum'alil I'tiqad, hlmn 23]

Satu perkara yang amat dipegang kuat oleh masyarakat Malaysia kini iaitu bid'ah hasanah. Sungguh pelik dan hairan, hampir kesemua masyarakat, terutama di Malaysia memperkatakan tentang adanye bid'ah hasanah. Apakah ade hadis tentang bid'ah hasanah ini, walaupun satu hadis?? adekah kalian mengambil kate2 manusia biasa, walaupun ianya seorang ustaz dari mengambil kate Nabi kita, Muhammad sallallahu 'alahi wasallam. Janganlah antum terlampau ta'asub dengan ustaz-ustaz kalian sehingga sanggup mengenepikan hujah-hujah secara ilmiyah dan mengutamakan aqal dan hawa nafsu kalian......Ingatlah, siapa dahulu yang mengucapkan kalimah bid'ah ini?? Ustaz kalian atau Nabi kita , Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam??

Dalam sabuah hadis yang bermaksud: "....Sesungguhnya siapa yang masih ada di antara kamu selepas peninggalanku, nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang diberi petunjuk). Gigitlah ia dengan gigi gerahammu, dan berwaspadalah berkenaan dengan perkara2 yang baru, setiap yang baru itu adalah bid'ah dan Kitab Al-I'tisom nie menghuraikan dengan panjang lebar mengenai bid'ah nie.
setiap bid'ah adalah menyesatkan." H/R Tirmizi sebahagai hadis hasan sahih, Abu Daud, Ibn Majah, ad-Darimi, al-Hakim, dan Ibn Hibban.

Dari Abdullah B. Umar B. al-Khattab berkata: "Setiap bid'ah itu sesat, walaupun (semua) manusia telah berpendapat sesuatu bid'ah (yang mereka lakukan) hasanah (baik)." -H/R al-Lalika'i, no 162, Baihaqi dalam Madkhal ilas sunan, 191, dan Ibn Nasr dalam as-Sunnah, no 70 dengan sanad yang sahih.

Dari Aisyah radiallahu 'anha berkata, sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan dari amalan kami, maka ia adalah tertolak." -H/R Bukhari dan Muslim.

Berkata Imam as-San'ani: "Tidak terdapat dalam bid'ah itu apa yang terpuji tetapi semua bid'ah itu sesat." [Lihat: Subul as-Salam (2/12)]

Imam asy-Syafi'ie berkata: "Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik satu-satu amalannya yang direka), bererti dia telah mebuat suatu syari'at, dan sesiapa yang membuat suatu syari'at maka ia telah kafir." [Lihat: Hasyiyah jam'u al-jawami', jilid 2, hlmn 295]

Imam Malik berkata: "Sesiapa yang melakukan bid'ah di dalam Islam kemudian disangkanya baik, maka dia telah menganggap bahwa Muhammad telah mengkhianati ar-Risalah kerana telah jelas Allah berfirman:"Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmatKu keatas kamu, dan Aku hanya meredhai Islam sebagai agama kamu.", Maka ape yang tidak dianggap sebagai agama pada masa itu (masa Nabi), maka pada masa ini ia juga tidak boleh dianggap sebagai agama." [Lihat: al-I'tisom, jilid 2, hlmn 283]

Ramai yang mengatakan bahawa bid'ah itu ada dua iaitu bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah dengan berpandukan kepada ape yang dikatakan oleh Imam asy-Syafi'ie.
Imam asy-Syafi'ie mengatakan: "Suatu yang diada-adakan (dalam urusan agama) ade 2 bentuk; suatu yang diada-adakan yang menyelisihi kitab (Al-Quran) atau sunnah atau atsar atau ijma', maka ianya adalah bid'ah yang sesat, dan sesuatu yang diada-adakan dari kebaikan yang ia sedikitpun tidak menyelisihi sunnah, maka ia tidak tercela." [Lihat: al-'Amru bil-ittiba' oleh as-Suyuthi, hlmn 89]

Sedikit penjelasan tentang kate2 Imam asy-Syafi'ie bahawa ape yang dimaksudkan dengan bid'ah hasanah adalah dari segi bahasa. Seperti yang telah dinyatakan di awal penulisan ini, bid'ah dari segi bahasa ialah mencipta sesuatu yang baru. Bid'ah hasanah yang dimaksudkan oleh Imam asy-Syafi'ie ialah dari aspek muamalah. Islam menggalakan umatnya mencapai kemajuan dengan mencipta pelbagai alat2 dan bangunan2 yang canggih bagi mencapai kemajuan agama. Mencipta sesuatu alat yang baru juga disebut sebagai bid'ah dalam bahasa arab seperti contoh, mencipta kereta, meriam, bangunan bertingkat2, komputer dan sebagainya itu adalah perkara yang baru yang mane ianya tidak ade contoh sebelumnya dari Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Inilah yang dimaksudkan dengan bid'ah hasanah (yang baik). Dan sekiranya ia melibatkan perkara dalam beragama, makanya semuanya adalah sesat.

Ingatlah wahai saudara sekalian, agama ini telah lengkap tanpa perlu ditokok tambah yang mane kononnye ntuk mempertingkatkan ibadah kite kepada Allah, sedangkan ianya telah lengkap disampaikan oleh Nabi kita, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Adakah kalian rase tidak cukup dengan ape yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda sallallahu 'alaihi wasallam?? Beramallah dengan hujjah yang kalian ade, dan sebaiknya jangan hanye mengikut membabi buta tanpa kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah.

Inilah serba ringkas mengenai penjelasan apekah sebenarnye bid'ah ini...Dan bagi pandangan saye, mereka2 yang mampu untuk berbahasa arab akan lebih mampu ntuk memahami istilah Bid'ah ini dengan baik dan dengan mudah.